| Home Renungan Minggu ini MENGENAI b2J AHLI KELAB b2J xTreMe-daNceR PROGRAM b2J FORUM b2J CHAT-ROOM RENUNGKANLAH KESAKSIAN GALLERY NEWSLETTER KOD LIRIK LAGU MAIN GITAR STATEMENT OF FAITH
b2Jclub

SEJUK

PENAMPILAN DIRI ( Luaran ) ORANG KRISTEN.

Pakaian, Anting-anting ( lelaki ), Tattoo, Jenis Musik.

Sejak akhir-akhir ini, semua yang disebutkan diatas menjadi satu topik hangat dikalangan orang-orang kristen, apalagi sejak hamba Tuhan Franky Sihombing dijemput melayani di konferensi PMM pada tahun 2002 yang lalu. Dan kebanyakan dari yang kita ketahui bahawa agama kristen sangat strict bila menyebut tentang penampilan diri seseorang, malah kalau kita buat servey kita akan dapati 80% dari orang kristen sangat mementingkan penampilan luaran seseorang terutama mereka yang dalam lingkungan DEWASA. Seringkali Para Pemuda-Pemudi menjadi mangsa dari keadaan ini dan membuatkan banyak Pemuda-Pemudi yang tadinya berkobar-kobar dalam Kristus melepaskan kepercayaannya gara-gara dipandang serong kerana cara berpakaian yang dianggap tidak rohani. Oleh itu mari kita selidiki dengan terperinci mengenai hal ini dari semua sudut, bukan dengan cuba membenarkan perkara tersebut tetapi secara alkitabiah apa yang dinyatakan mengenai hal penampilan diri. Mari kita renungkan firman Tuhan yang berkata demikian :

"Tetapi berfirmanlah Tuhan kepada Samuel: Janganlah pandang parasnya atau perawakan yang tinggi, sebab Aku telah menolaknya. Bukan yang dilihat manusia yang dilihat Allah; manusia melihat apa yang didepan mata, tetapi Tuhan melihat hati" 1 Samuel 16 : 7.

Nah, kalau kita benar-benar jujur, kita pasti tidak akan mengabaikan firman tadi, dan bila kita mengabaikannya bermakna kita juga PREJUDIS terhadap Tuhan sebab itu adalah Firman Tuhan sendiri. So apa masalahnya dengan penampilan, "NOTHING", bagi saya pakailah apa saja yang anda suka termasuk waktu keGereja, selagi itu tidak melanggar batas KESOPANAN, its okay ! Kalau setakat seluar rock, baju rock, rambut warna perang ke, hijau ke, ya itu semua tidak menghalang hadirat Tuhan, kenapa kebelakangan ini sepertinya keintiman jemaat kita dengan Tuhan mulai surut? Memandang penampilan orang lain boleh menjadi salah satu faktornya. Malah saya pernah ditegur oleh usher kerana saya memakai seluar rock ( ada koyakan sedikit dilutut ) semasa menghadiri kebaktian hari minggu. Apakah Tuhan juga yang berada disana ketika itu memandang dan menegur kita kerana pakaian kita? I dont think so ! Kan Tuhan berfirman "marilah kamu yang letih lesu kerana kamu akan disegarkan " so why kita yang hanya manusia biasa menidakkan firman Tuhan yang hidup dan tak pernah berubah untuk selama-lamanya........

Kita tidak dapat nafikan bahawa dewasa ini kebanyakan golongan muda sebenarnya sedang haus mencari Tuhan dengan cara-cara yang tersendiri, sekalipun kita tidak melihatnya namun itu adalah satu hakikat yang perlu kita hadapi. Banyak dari golongan ini menolak Gereja yang berstruktur kerana dalam banyak kes, Gereja menolak mereka. Kita tidak menginginkan agama yang diturunkan dari ibubapa kita sekiranya agama itu berdasarkan pada filosofi yang menekankan pentingnya bukti intelektual dan apologetikal daripada pengalaman. Kita tidak ingin mengikuti nasihat-nasihat orang yang mampu mengambil ayat-ayat Alkitab dan bercakap seperti orang Kristen dewasa tetapi tidak mau mengasihi dan menerima KITA. Generasi kini juga menolak gaya hidup orang yang selalu pergi k Gereja tanpa menunjukkan buah-buah yang sesuai.

Kita memerlukan orang Kristen dewasa yang sungguh-sungguh mengasihi TUHAN, orang yang dapat menaungi generasi muda dibawah sayapnya dan berkata seperti Paulus "Teladanilah aku, sama seperti aku meneladani Kristus" ( 1 Kor 11 : 1 ).

Maksudnya disini adalah, setiap gerakan generasi muda yang tidak bertujuan untuk pembaharuan Gereja adalah kegerakan yang sedang kehilangan jalur. Tuhan tidak ingin membuang Gereja yang sudah ada dan memulakan Gereja yang baru untuk generasi baru, tetapi IA ingin mengembalikan dan memulihkan apa yang telah rosak, untuk "mengembalikan hati bapa-bapa kepada anak-anak, hati anak-anak kepada bapa-bapanya" ( Mal 4 : 6 ).

Jadi bagaimana hal itu dapat terjadi sekiranya Gereja sendiri yang mulai menolak generasi-generasi muda untuk datang kepada Tuhan hanya disebabkan oleh PENAMPILAN. It's not right !....

Mari kita perhatikan dengan saksama kata2 Paulus dalam 1 Korintus 9 : 20 - 23.

"Demikianlah bagi orang Yahudi aku menjadi sama seperti orang Yahudi, supaya aku dapat memenangkan orang-orang Yahudi. Bagi orang-orang yang hidup dibawah hukum taurat aku menjadi seperti orng yang hidup dibawah hukum taurat, sekalipun aku sendiri tidak hidup dibawah hukum taurat, supaya aku dapat memenangkan mereka yang hidup dibawah hukum taurat. Bagi orang-orang yang tidak hidup dibawah hukum taurat aku menjadi seperti orang yang tidak hidup dibawah hukum taurat, sekalipun aku tidak diluar hukum Allah, kerana aku hidup dibawah HUKUM KRISTUS, supaya aku dapat memenangkan mereka yang tidak hidup dibawah hukum taurat. Bagi orang-orang yang lemah aku menjadi seperti orang-orang yang lemah, supaya aku dapat menyelamatkan mereka yang lemah. Bagi semua orang aku telah menjadi segala-galanya, supaya aku sedapat mungkin memenangkan beberapa orang dari antara mereka. Segala sesuatu ini aku lakukan kerana Injil, supaya aku mendapat pujian didalamNYA"

Firman diatas ini sangat jelas bagaimana cara penerimaan Paulus terhadap seseorang agar mereka terJangkau untuk dimenangkan. Cuba kita dengan teliti merenungkan kata-kata Paulus tersebut... pasti kita ada penafsirannya sendiri . Yang pasti Paulus tidak PREJUDIS dengan penampilan seseorang. Terpenting adalah Jiwa-Jiwa yang belum dimenangkan bagi Kristus.

akan disambung...

by gidong at b2j Club ......

Heart on fire

MUZIK    by    Wagner Daniel - ghost_not3
July 9 2003, 12:23 PM 


Muzik Rock dalam gereja nah, saya percaya perkara ini yang selalu menjadi isu yang sensitive di dalam gereja2 kita saat ini. Ada yang mempertahankan pendirian masing2ada juga yang saling munuduh dan ada yang tidak mau terlibat langsung.
Muzik rockmengapa ia menjadi satu isu? Ini kerana muzik2 keras aleternatif seperti nu-metal, hardcore dll telah digunakan oleh dunia pada mulanya. Dunia mengeksploitasi muzik2 ini untuk kepentingan diri sendiri..sebagai hiburan, kesenian dan juga penyembahan kepada Lucifer. Namun, sedarkah kita muzik ini berasal dari mana? Siapa yg menciptakan muzik? ALLAH sendiri.


muzik telah wujud sebelumpun manusia diciptakanLucifer dan para malaikat yang lain diciptakan oleh oleh Allah untuk menyembah dan memuji Dia (Lukas 2:13,14; Yesaya 6:1-3; Wahyu 5:11-12). Dipendekkan cerita, Lucifer telah dilemparkan ke bumi oleh ALLAh kerana kesombongannya (Wahyu 12:3,7,8&9; Yesaya 14:12)..mulai dari saat kejatuhan Lucifer, muziknya menjadi duniawi dan tidak lagi berkenan kepada Allah.
So, kita tahu sekarang bahawa muzik pada awalnya bukanlah sesuatu yang negative. Ada satu buku yang menyatakan begini; ketika Lucifer jatuh, mungkin takhta Allah tidak terjaga lagi dan manusia diciptakan dengan tujuan untuk menggantikan tempat Lucifer sebagai penyembah2 Allah.

Saya percaya bahawa Allah mau kita merebut kembali muzik yang telah disalah gunakan oleh Luciferbagaimanakah kita bias merebutnya kembali? Iaitu dengan menggunakan muzik tersebut sebagai alat untuk memuji, menyembah Tuhan dan memenangkan jiwa bagi Tuhandan bukannya untuk kepentingan diri sendiri.
Sedarkah kita? Muzik rock telah masuk ke dalam gereja sejak dahulu lagilagu2 lama seperti Hari ini ku rasa bahagia, Bertemu dengan saudara adalah berentak rocknah, apa yang menjadi persoalan sekarang adalah, dapatkah muzik2 zaman sekarang (alternative : nu-metal, hip-hop, hardcore, rapcore, grindcore, heavy metal dll) digunakan untuk memuliakan Tuhan? Muzik2 ini sebetulnya berasal daripada satu akariaitu ROCk...pemuzik2 sekular (pemuzik bukan Kristen) memiliki idea yang sangat kreatif sehingga terhasil muzik yg kita dengar pada zaman sekarang. Tapi sedarkah kita, bahawa muzik itu dari Allah, seharusnya kita, sebagai anak Allah, harus lebih kreatif daripada dunia...sedarkah kita bahawa kita memiliki kelebihan berbanding dengan pemuzik2 dunia? Kita boleh mendapatkan idea secara langsung dari pencipta muzik itu sendiri iaitu ALLAH. So, mengapa kita hanya melekat kepada satu stail muzik sahaja? Kita harus percaya bahawa muzik itu dari Tuhan kerna semua yang diciptakan Allah itu baik dan suatupun tidak ada yang haram, jika diterima dengan ucapan syukur, sebab semuanya itu dikuduskan oleh firman Allah dan oleh doa ! Timotius 4:4-5
Muzik bagi saya adalah neutral..ia seumpama sebilah pisau. Pisau boleh digunakan untuk tujuan yang baik seperti memasak dllnamun pisau juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak baik seperti membunuh. Begitu halnya dengan muzik..boleh digunakan untuk memuliakan Tuhan dan boleh juga digunakan untuk menghujat Allah.


Muzik adalah seumpama bahasa pertuturan. Contohnya : orang kadazan dapat berkomunikasi dengan orang kadazan kerana mereka bertutur dalam bahasa yang samakita boleh bercakap dengan kawan2 kita di Negara barat sekiranya kita dapat bertutur dalam bahasa mereka. Sama halnya dengan muzik, dlm dunia sekarang ini, orang yang minat dengan muzik rock akan lebih senang bergaul dengan kumpulan orang yang meminati muzik rockbegitu juga dengan stail/genre muzik yg lain seperti dangdut, jazz, ska dll bahasa muzik yang banyak ini hanyak akan hanya dapat difahami/diterima oelh mereka2 yang meminati/memahami bahasa muzik tersebut.


Mari saya bawa kita untuk mengimbas kembali bagaimana injil mula2 disampaikan ke dalam suku bangsa kita. Seperti yg kita semua tahu, penginjil2/missionary dari luar datang ke Negara kita dan belajar bahasa kita agar injil yang mereka bawakan itu akan dapat difahami oleh nenek moyang kita. So, sekiranya penginjil tersebut ingin menginjil bangsa Murut, mereka harus tau berkata2 dalam bahasa murut barulah injil itu dapat masuk dan difahami.
Saya ingin kita lihat kesinambungan antara pemberitaan injil dan muzik. Kita akan lebih senang menghafal firman Tuhan sekiranya ia disampaikan melalui muzik..contohnya lagu Mazmur 23 Tuhan adalah gembalakucuba kita selidiki diri kita sendiri, ada beberapa lagu sekular yang kita hafal, saya sendiri dapat menghafal beberapa baris lirik daripada lagu Siti Nurhaliza, Westlife, Linkin Park dllmengapa? Ini kerana lirik2 ini disampaikan melalui muzik yang saya minati. Cuba bayangkan ini, kita ingin menginjil budak2 hardcore.cuba kita datang kepada mereka dengan membawa alkitab dan menceritakan mengenai Yesus kepada merekaadakah mereka dapat menerimanya? Emmmkemungkinan besar TIDAK dan saya sendiri pernah mengalaminya. So, bagaimana dapat kita menginjil mereka? Kita gunakan muzik!....cuba kita bawakan lagu ALLAH ku dahsyat style Hardcorepada mulanya mereka akan tertarik dengan muzik itu sahajanamun lama-kelamaan mereka akan menghafal lagu tersebut dan menyanyikan bersamasaya pasti mereka akan mula bertanyakan kita apakah maksud lirik lagu tersebutnah, ini kesempatan kita untuk memberitahukan kepada mereka dengan lebih mendalam mengenai Yesus. Saya dan team saya sudah menggunakan cara ini bagi tujuan penginjilan dan hasilnyapuji Tuhan! Ada yang terbuka akan injil. Kesimpulannya, apa pun jenis muzik itu, boleh digunakan untuk tujuan memuliakan Tuhantapi yang terpenting adalah HATI. Sia-sia saja usaha kita sekiranya hati kita tidak benar di hadapan Tuhansia-sia semuanya sekiranya hati kita hanya mau membanggakan diri sendiri. Jadi, Selidiki hati kita terlebih dahulu.


Nah, itu mengenai muzik dan penginjilan. Bagaimana pula dengan muzik yang sesuai di bawa di dalam gereja? Senang saja...kita kenalpasti anggota gereja kita..mereka suka dan terbuka dengan muzik yang bagaimana? Kita harus ingat bahawa kita ada pemimpin di atas kita iaitu pastor, penatua. Ketua siding/para pelayankita harus taat kepada mereka. Jangan sampai kita memberontak dan keluar dari gereja hanya kerana gereja kita tidak suka dengan muzik kita. Seperti yg saya katakana tadiselidiki hati kita terlebih dahulu. Di gereja tempat saya melayani (SIB Kuala Lumpur), puji Tuhan kerana para kepimpinan gereja kami terbuka dengan cara2 kami. Kami pernah membawakan lagu Sukacita di rumah Tuhan dlm rentak Skakami pernah membawakan lagu ALLAH ku dahsyat dlm rentak hard rockdan mereka terbuka dengan hal tersebut namun pada masa yang sama kami tidak mengabaikan lagu seperti Hari ini kurasa bahagia, ALLAh itu baik dll... apa yang ingin saya jelaskan di sini adalah, kami membawakan puji-pujian yang sesuai dengan anggota jemaat gereja kami. Di gereja kami sahaja ada beberapa anggota gereja yang mewarnakan rambut dan memakai anting2dan itu tidak menghalang mereka untuk datang ke gereja. Anggota kami juga terdiri daripada golongan professional seperti dokter, akauntan & engineerada juga keluarga2 yang datang beribadah ke gereja kami. Jadi, kami sesuaikan muzik kami dengan anggota2 gereja kami. Nah, sekiranya kami ingin sangat memuji Tuhan dengan muzik2 rock yang lebih kontemperori seperti pop-rock/jazz atau yang muzik yang keras sedikit seperti metal/nu-metal/ska..kami akan adakan acara yang khusus untuk itu. Pada bulan March yang lalu kami telah mengadakan satu gig yang bertemakan Tribute to JCtujuan kami menganjurkan gig tersebut adalah untuk penginjilan dan mempersatukan band2 dan muda-mudi dari berbagai gereja dan aliran muzik. Respon yang kami dapat cukup baik.
Ada orang pernah bertanya jangan bawa lagu2 duniawi masuk kedalam gereja jadi saya ingin bertanya, cuba jelaskan bagaimana jenis muzik yang boleh di bawa masuk ke gerejaapa itu muzik rohani & muzik gereja? Sedarkah kita bahawa style muzik yang kita selalu bawakan di gereja turut digunakan oleh pemuzik2 sekular? Jadi, apakah pemahaman kita mengenai muzik secular/duniawi dan muzik rohani/gereja?
Sebenarnya itu semua bergantung kepada penerimaan kitasekiranya kita percaya bahawa muzik itu dari ALLAH dan wajib bagi kita untuk menggunakan sepenuhnya keupayaan muzik tersebut untuk memuliakan Tuhan. Muzik boleh menarik perhatian orang2 yang belum mengenal Tuhan..namun apa yg membezakan muzik rohani dan muzik secular adalah ISI KANDUNGAN nyaiaitu senikata lagu tersebut dan HATI orang yg menulis, membawa dan memainkan lagu tersebut.


Saya ingin kit baca Kisah para rasul 10 dan 11. petikan dlm firman Tuhan ini berbicara mengenai Petrus yang diberi penglihatan oleh Allah (ayat 11&12)dlm penglihatannya dia melihat pelbagai jenis binatang berkaki empat, binatang menjalar dan burunglalu ada suara berbicara kepada Petrus menyuruhnya untuk sembelih dan makan binatang2 tersebut(ayat14)lalu Petrus menjawab Tidak, Tuhan, tidak, sebab aku belum pernah makan sesuatu yang haram dan tidak tahir.lalu Tuhan menjawab Apa yang dinyatakan halal oleh Allah tidak boleh engkau nyatakan haram cuba kita bayangkanmakanan2 yg diperlihatkan kepada Pertus adalah makanan2 yg haram bagi org Yahudiyang telah menjadi kepercayaan dan tradisi orang yahudi selama beratus tahun lamanya. Di sini kita lihat di mana Petrus dalam dilemma sama ada dia harus mempertahankan tradisinya atau mendengar perintah Tuhan. Lalu apa keputusan Petrus? Ayat 28 mengatakan Kamu tahu betapa kerasnya larangan bagi seorang Yahudi untuk bergaul dengan orang-orang yg bukan Yahudi atau masuk ke rumah mereka. Tetapi Allah telaj menunjukkan kepadaku, bahwa aku tidak boleh menyebut orang najis atau tidak tahir Jadi, apa kaitnya ayat2 ini dengan muzik? Kita harus menyedari bahawa kebanyakan gereja kita ada tradisi yang tersendiri. Bagi saya sesuatu tradisi yg baik itu harus diteruskan namuin tradisi yg kurang bersesuaian dengan zaman skarang harus melalui proses perubahan.untuk tujuan kebaikan. Ada seorang cendiakawan yg mengatakan begini Masalah yg dihadapi oleh org bukan yahudi adalah bukan kerana mereka tidak terbuka dengan injil tetapi sebaliknya orang2 yahudi yg sudah menerima injil tidak mau menyampaikan injil kepada org bukan yahudi.bagaimana dengan jiwa2 yg belum mengenal Tuhan? Adakah kita harus mewajibkan mereka mengikuti tradisi kita? Mungkin sebahagian dapat menerima tetapi kebanyakannya tidak dapat menerimabagi saya, tidak salah sekiranya para kepimpinan gereja memberi kelonggaran kepada anak2 muda untuk membawa muzik mereka ke dalam gerejayang pentingMASA, TEMPAT dan AUDIENCE yang sesuai dengan muzik yg dibawakanmakanya kita perlu hikmat dari Tuhan. Janganlah kita memecahkan tradisi gereja dengan membawa muzik ala-ala disco/trance ke dalam gereja kita yang rata2 terdiri daripada golongan dewasa yang berumurtidak bijak juga kan? :) yang pentingkita beri alternative kepada kepimpinan gereja kitasekiranya mereka tidak setujuberi alternative lain...berdoalah agar Tuhan memberi idea2 yang baru kepada kitaingat, kita harus tunduk kepada kepimpinan gereja kita..jangan memberontak.Tuhan pasti membuka jalan bagi kita2 yg menginginkan pembaharuan dlm gereja kita.


Ada beberapa golongan yang mengkelaskan sesuatu muzik itu sebagai muzik duniawi/musik setan dan yang satu lagi muzik rohanibagi saya, style muzik tidak seharusnya menjadi isuyang menjadi isu adalah adakah kita bersedia menerima orang itu walau apapun style muzik kegemarannya? Adakah kita, gereja2 Tuhan mau menerima generasi sekarang yang banyak dipengaruhi oleh Linkin Park, Avril, BLUE dll? Kita sebagai org2 yang sudah lama mengenal Tuhan dan mengerti akan cinta Nya harus mengasihi orang lebih daripada penampilan/muziknyaKasih Tuhan melebihi segalanyajanganlah kita mengasihi org dengan bersyarattiba saatnya bagi generasi muda zaman ini untuk menyatakan kasih Allah yang sebenarnya kepada duniaCinta tanpa diskriminasi
Sekiranya anda bertanya kepada saya, apakah saya suka dengan death metal? Jawapan saya adalah TIDAK kerana saya tidak merasa tenang dengan muzik seperti itu.dalam Roma 14:14 ...hanya bagi orang yang beranggapan, bahwa sesuatu itu najis, bagi orang itulah sesuatu itu najissekiranya kita tidak suka apabila mendengar sesuatu muzikjanganlah mendengarkannyanamun kita harus tahu bahawa ada orang lain yg suka mendengarkannya. Yang pentingkita menghormati satu dengan yg lain...menerima satu dengan yg lain. Jika seseorang meminati muzik rock dan seorang meminati muzik dangdutmereka haruslah saling menghormati taste masing2 :)


Namun, ada satu hal yang harus diperhatikan oleh setiap kita adalah apabila kita mendengar muzik secular iaitu muzik yang saat ini dipasaranspt. Muzik rocksaya sendiri mendengar muzik2 sekular seperti Korn, Craig David, Avril, Dream Theater dllnamun setiap kali saya mendengar lagu2 tersebut saya selalu berdoa agar Tuhan menutup telinga saya daripada mendengar lirik2 lagu yang tidak baikpuji Tuhan, banyak album2 sekular yg saya dengarsangat sedikit yg saya ingatkalau dapat ingat pun itu hanya lagu2 cinta..hehehe yang menusuk ke kalbu :) apa yg saya ingin sampaikan di sini ialahkita hanya mendengar muziknya sajadan berusaha untuk mengubah dan mengolahnya semula, mendapatkan idea daripadanya untuk tujuan penginjilan dengan memasukkan senikata lagu yang memuliakan Tuhan.
Sekiranya ada bertanyakan kepada pemuzik2 rohani seperti kumpulan GMB/Franky & GeTT/One^Way bandkebanyakan mereka akan memberitahu bahawa mereka sendiri mendapat idea daripada muzik2 sekularpercayalah!...sekiranya kita sebagai pemuzik kristian, pergi belajar di sekolah muzik dengan harapan akan menjadi pemuzik full-time di gerejatahukah kita bahawa kita sendiri akan diajar dan disuruh untuk memainkan lagu2 sekular di sekolah muzik tersebutso, apa yg ingin saya sampaikan? Kita perlu lebih kreatif dan inovatif daripada pemuzik duniasudah tentu kebanyakkan mereka jauh lebih hebat dari kita..makanya kita harus belajar skill/teknik tertentu daripada mereka dan menghasilkan muzik yg memuliakan Tuhanbagaimana pula halnya dengan pemuzik2 gereja yg baru mau terlibat dlm pelayanan gereja? Saya nasihatkan agar anda mulakan belajar dan mendengar album2 rohanibanyak2 album2 rohani yang boleh dijadikan guide. Saya sendiri mendengarkan GMB waktu saya mula2 terlibat dlm pelayananbiarlah kita mendapatkan Spirit nya terlebih dahulu..:) nah, setelah beberapa lama anda akan sampai ke tahap advance/professional di mana anda harus mendengar pemuzik yg lebih baik daripada album2 rohani yg sedia adaingin saya tegaskan di sinitujuan kita mendengar lagu secular adalah kerana MUZIK/skill/teknik dan bukannya kerana SENIKATA/LIRIK lagu tersebutAMARAN!! Sekiranya anda sudah berjaya menghafal senikata lagu2 yang berunsurkan kebencian, keganasan, kematian, keputus asaan dll.nasihat saya..bertobatlah...


Kesimpulan dari semuanya ini, MUZIK itu ciptaan Tuhan, dunia telah menyalah gunakannya untuk kepentingan sendiri dan menyembah Luciferkita sebagai anak ALLAH kerana kita secara langsung dekat dengan peribadi yg menciptakan muzik itu sendiri. MUZIK itu neutralterpulang kepada si pemakai muzik itu untuk menentukan hala tuju muzik tersebut..sama ada untuk kepentingan diri / untuk memuliakan TUHAN.semoga anda diberkati dengan artikel inisekiranya ada kesilapan dalam artikel ini, maafkan saya. Saya bersedia untuk menerima sebarang komen/pendapat dari anda semua..TUHAN memberkatibangkitlah generasi terang! Kitalah jawapan kepada generasi zaman ini.