Berkenankah kita ?

Berkenankah kita ?

( Pandangan ikhlas tentang kehidupan kita seharian )

Karangan dan tulisan asli:

Daniel gidong Linog

flowabbs@yahoo.com

Memang namanya manusia tidak akan lari dari pelbagai masalah, sama ada masalah itu dari diri sendiri, persekitaran ataupun orang lain. Adakalanya orang akan mengatakan yang kita ini akan bergantung kepada nasib, sama ada bernasib atau tidak, bak pepatah melayu mengatakan untung sabut timbul, untung batu tenggelam". Bagi saya hidup didunia ini bukanlah bergantung pada nasib tetapi bergantung kepada pegangan hidup kita, dalam erti kata lain , keyakinan kita terhadap sesuatu yang kita inginkan terjadi dalam kehidupan kita itulah " IMAN", satu komitmen antara kita dengan Tuhan. Komitmen bukanlah suatu "pekerjaan", komitmen adalah kontrak yang membolehkan iman kita kuat ( susah nak faham bukan ), baca ayat dibawah ini :

"Sebab rancanganKu bukanlah rancanganmu, dan jalanmu bukanlah jalanKu, demikianlah firman Tuhan. Seperti tingginya langit dari bumi, demikianlah tingginya jalanKu dari jalanmu,

dan rancanganKu dari rancanganmu".

Yesaya 55:8-9

Sekiranya kita bergantung kepada nasib, ini bermakna kita membelakangkan sang pencipta kita iaitu Tuhan Yesus Kristus. Bukankah hanya Tuhan yang menentukan hala tuju kehidupan kita dan bukan nya kepada NASIB. Markus 11 : 24 berkata "Kerana itu Aku berkata kepadamu; apa saja yang kamu minta dan doakan, percayalah bahawa kamu telah menerimanya, maka hal itu akan diberikan kepadamu. Kadangkala ramai juga teman saya yang menasihati saya untuk melakukan ini dan itu bagi persediaan masa depan, namun adakah semua itu adalah yang Tuhan kehendaki terjadi dalam hidup kita ? walau pun semua nasihat teman kita itu bernas dari segi logiknya. Namun kalau manusia sendiri terlalu berfikir secara logik sesuatu benda saya pasti banyak orang akan berfikir dua kali sebelum dia mengambil keputusan untuk menerima Tuhan Yesus sebagai Juruselamat kerana apabila mereka mengetahui yang Yesus pernah memberi makan 5000 orang dengan hanya lima roti dan dua ikan, pasti mereka akan menolak walau sekalipun itu dikatakan muzijat kerana mereka berfikir secara logic. Itulah yang saya katakan sebagai manusia logika, semua benda bagi mereka mesti ada logiknya. Mereka akan mempersoalkan bagaimana mungkin 5000 orang makan dengan hanya lima roti dan dua ikan, ini disebabkan mereka hanya melihat apa yang kelihatan tetapi tidak cuba untuk memikirkan apa yang tidak kelihatan. Satu lagi contoh terbaik adalah dengan ayat Alkitab yang berkata bahawa bila kita ditampar sebelah kiri maka kita harus memberikan yang sebelah kanan, hanya budak kecil saja yang mengertikan ayat itu secara mentah-mentah tanpa ingin mengetahui erti disebalik ayat tersebut. Sebab kalau kita cuma inginkan logic sesuatu benda, ayat tersebut akan anda katakan sesat ! sebab itu jangan berfikir hanya pada batas kelogikan sesuatu perkara ! perlu kita ingat bahawa peribadi Yesus Kristus telah ditempatkan dalam iman orang Kristen sebagai tokoh iman sepanjang sejarah kehidupan umat beriman, dan kita harus bezakan cara berfikir dengan menggunakan daya fikir manusia yang terbatas dan cara bagaimana iman jauh melampaui jangkauan akal otak fikiran manusia. Jangan pernah menyangka orang yang beriman kepada Yesus lalu pengetahuannya pun mesti hebat. Disini kita keliru, kerana pengetahuan iman jauh lebih luas dan sulit dijangkau oleh otak manusia. Dengan pendapat ini, tidak bermakna juga seorang yang beriman adalah seorang yang sangat rohani, bahkan mereka juga sering menyedari yang mereka seorang yang lemah dan selalu sahaja menyakiti hati yang tercinta iaitu Tuhan Yesus Kristus. Cukuplah saya katakan yang orang beriman sangat sangat menyakini yang Yesus itu pernah mati tersalib diatas kayu salib dan bangkit pada hari ketiga sebagai penebus dosa dosa kita dan memberi keselamatan jiwa.

Justeru inilah yang dipersoalkan oleh orang yang tidak memahami tentang kasih Bapa, mereka sering mempersoal dengan mengatakan " mana mungkin sorga diberi percuma ? langsung tidak masuk akal, yang lebih aneh lagi kenapa Kristen bergantung sekali kepada Yesus ? kan Yesus itu ada bossnya lagi iaitu Tuhan? Ini lah antara pertanyaan yang sering saya dengar dari teman sekerja saya yang beragama islam. Dan saya jujur mengatakan yang saya menjadi lebih bingung dengan cara mereka menentukan sesuatu itu benar atau tidak. Mereka terkejut dengan kasih yang begitu besar sehingga sorga diberi percuma, kerana terlalu besar kasih itulah maka mereka tidak dapat menerima hakikatnya. Kerana percuma itulah mereka tidak mau menerima kasih itu sebagai suatu kebenaran. Terkadang saya pula yang jadi heran, sudahlah dibagi percuma malah mereka menjadi curiga pula. Alahai !!. sebenarnya kalau diteliti percuma itu sebelumnya menjadi pengorbanan dimana Yesus rela menjadi manusia dan rela pula mati disalibkan..hmmmfikirkan sejenak umpamanya kalau kita minta sesuatu dari ayah kita adakah perlu kita membayar wang untuk pemberian itu atau percuma ?.. tepuk dada tanya selera.adakah kasih Allah itu lebih rendah dari kasih seorang ayah kepada anaknya ? bagi saya mereka itu ( islam, buddha, dan agama lainnya ) adalah " Man reaching God " iaitu manusia mencari Tuhan, tetapi apa yang saya dapati dari iman kekristenan ialah mengajarkan yang kita dalam kedudukan "God reaching Man" Tuhan mendekati manusia. Itulah perbezaannya yang walaupun macam tidak jauh bezanya namun ia sangat mendalam dan memerlukan pemahaman. Namun dalam itu tidak bererti kalau kita dalam agama Kristen kita memperolehi keselamatan, inilah perkara yang menjadi tanggapan kebanyakan orang yang hanya Kristen pada namanya tetapi bukan hatinya. Bahkan Alkitab jelas mengatakan bahawa bukan mereka yang menyeru bapa bapa akan masuk kerajaan sorga tetapi mereka yang menuruti dan mengikuti firman Tuhan. Bukankah mudah saja kita mengatakan yang kita ini orang Kristen, tetapi mudahkah kita mengatakan yang kita ini yakin tidak akan binasa pada akhirnya ? fikirkanlah hal ini sendiri.. dengan itu saya berpendapat jangan kita mulai dan coba mempersoalkan tentang agama agama lain yang dianuti oleh orang lain seperti apa yang mereka persoalkan, kerana itu hanya akan memburukkan lagi keadaan dan membuatkan kita menjadi seperti mereka, cukuplah saja dengan kita menjelaskan mengenai keyakinan kita tentang apa yang kita percaya.

Musik Satu lagi persoalan yang sering diungkitkan iaitu kenapa orang Kristen terutama dari golongan protestan ( cth SIB ) malah ada musik nya yang berentak rock untuk digunakan memuji dan menyembah bukankah musik rock itu musik iblis @ setan ? phuh sakit hati saya ditanya seperti itu.. nak tau pendapat saya mengenai musik.. teruskan membaca Nyanyian adalah ungkapan jiwa seseorang. apabila kita menyanyikan sesuatu lagu samaada lagu rohani atau duniawi , keadaan kita sewaktu menyanyikan lagu itu sering mengambarkan jiwa kita sendiri namun banyak yang tidak sedar akan hal ini.. Banyak sekali lagu duniawi yang liriknya mengungkapkan kepahitan hidup, keputus-asaan, cinta eros (hawa nafsu), dendam, pemberontakan, bahkan ada liriknya yang terang-terangan menghujat Allah. Bagi kita yang mempunyai hobi mendengar musik dunia, dan yang memiliki idola dikalangan pemusik dan penyanyi, telitilah dahulu lirik lagu itu, adakah ia berkenan di hati Tuhan ini bergantung kepada hati kita semasa menyanyikan sesebuah lagu.. dan tidak ada kena mengena dengan JENIS MUSIKnya harus kita ingat bahawa iblis juga boleh memakai lagu lagu lain dari rentak pop, jazz, dan lainnya. Contohnya lagu rentak ballad yang dinyanyikan oleh anggota the beatles iaitu John Lennon yang bertajuk "imagine" dalam lirik lagu tersebut antara lainnya mengatakan bahawa bayangkan tiada Tuhan, tiada sorga, tiada nereka, diatas hanya awan lagu ini sendiri adalah tema bagi antikristus sebenarnya Lagu "suscide solution" oleh Ozzy Osborne yang liriknya mengatakan begini : "bunuh diri adalah satu-satunya jalan keluar, tidak tahukan kamu akan hal ini? Mengapa tak kau bunuh dirimu". George Micheal dalam lagunya "I want your sex" membuat kita malu untuk mendengarnya. Dengan istilah-istilah slang yang seronok ia mengatakan bahawa sex adalah pelampias nafsu yang bebas dilakukan. Ternyata dalam teknik canggih, lirik sesebuah lagu boleh diubah dengan teknik yang dipanggil sebagai backward masking (lagu dimainkan secara songsang) lirik lagu boleh diubah menjadi kata-kata hujatan kepada Tuhan atau penyataan yang sesat. Lagu wasted land dari band The eagle jika dimainkan secara normal terdengar "this far down the land ( jauh disuatu negeri). Tetapi jika dimainkan secara songsang akan terdengar "I have a mind of satan (aku memiliki fikiran setan). Band Led Zepplin dengan lagunya Over the hill and far away, jika dimainkan secara songsang berbunyi "kita tak akan terjangkau dan semua telah terkutuk, ya kita akan tinggal didalamnya". Satu lagi lagu dari Micheal Jackson yang bertajuk Beat It, jika dimainkan songsang liriknya berubah menjadi "I do believe it was satan whose in me (aku percaya setanlah yang ada pada diriku). Sesat kan !. satu lagu yang kedengarannya baik iaitu "we are the champion" nyanyian Queen dan dinyanyikan semula oleh Robbie Williams, liriknya juga kelihatannya baik saja, tapi ternyata lagu ini adalah untuk menyokong keberadaan homoseksual. Lagu tersebut dijadikan lagu kebangsaan kaum homo dan dipakai untuk menykokong gerakan Gay Liberation (pembebasan kaum homo), sama halnya dengan Freddy Mercury yang menyanyikan lagu itu ternyata juga seorang bohemian biseksual penganut free sex yang meninggal akibat penyakit AIDS. Ingatlah kerana DOSA-DOSA ini lah Sodom dan Gomorah dimunsahkan oleh Tuhan. Selain itu, kerap kali pemusik rock menciptakan lagu dalam keadaan mabuk, Contohnya John Lennon sewaktu mencipta lagu imagine yang saya nyatakan sebelum ini, lagu refrainnya melanjutkan dengan kata-kata "aku berharap suatu hari kalian akan bergabung denganku dan dunia menjadi satu", manakala Bon Jovi ada beberapa lagunya yang bertema pencabulan dan tidak sesuai disebutkan disini. Mungkin tanpa tahu ertinya kita telah mengkoleksi lagu-lagu ini. Tanpa sedar lagu-lagu ini telah membawa kita jatuh bangun dalam dosa ketidak kudusan. Lagu lama dari band the Eagles yang bertajuk "hotel California" yang telah terbitkan semula dan meletup dipasaran, sepertinya hanya melagukan tentang kenyataan hidup yang biasa terjadi ( saya sendiri bahkan hafal kod lagu ini, ish..teruknya ) tetapi apabila kita imbas ada cerita disebalik lagu ini iaitu permulaan perpindahan gereja setan ke San Francisco, California adalah satu-satunya tempat yang mau memberikan akomodasi (tempat dan keperluan). Kalau diperhatikan kulit album lagu itu, terlihat wajah Anton La Vey, yang tidak lain adalah penulis buku satanic bible (alkitab gereja setan), Larry Salter iaitu manager rakaman mengatakan bahawa band Eagles berhubungan dengan gereja setan tersebut. Dari situ akhirnya jelas bahawa mereka sedang menceritakan kegiatan gereja setan tersebut dalam lagu "Hotel California". Penjelasan ini hanyalah merupakan sebahagian kecil dari derasnya arus penyesatan iblis melalui para pemuzik secular. Ulasan ini tidak bermaksud mengkritik pemuzik secular tetapi inilah kenyataan dunia muzik secular dewasa ini. Bagi kita yang telah diterangi Roh Kudus, biarlah kebenaran ini menyedarkan kita supaya tidak sembarangan menyanyikan lagu tanpa mengerti lirik lagu tersebut. Bagi para pemuzik Kristen dan kita yang melayani dan mempunyai bakat dibidang muzik, biarlah kenyataan ini mendorong kita untuk terus merangkai lagu-lagu pujian bagi DIA yang menciptakan muzik tidak dinafikan yang banyak lagu lagu rock metal yang dilagukan dengan lirik lirik yang memalukan ** namun kita tidak boleh hubungkan lagu seperti itu dengan lagu yang dinyanyikan didalam gereja hanya kerana jenis musiknya sama, kita juga harus ingat yang semua alunan musik adalah ciptaan Tuhan yang maha indah. Bagi saya tidak salah untuk menyanyikan lagu rock yang bertujuan memuji dan menyembah bayangkan lagu itu musiknya rock tetapi liriknya seperti ini : kita lah pemenang, dengan darah Yesus iblis dikalahkan masihkah kita akan mengatakan itu musik sesat sebenarnya semua lagu yang kita nyanyikan bergantung penuh dengan penerimaan hati kita, tidak ada makna nya kita menyanyikan lagu pujian rohani kalau hanya dibibir saja, ia sama seperti kita menyanyikan lagu duniawi .. terus terang saya sendiri minat musik duniawi, contohnya lagu lagu backstreetboys, Westlife dan lain lain nya. Namun lagu duniawi ini sebenarnya hanya hiburan semata mata, bukan hati kita yang meresap kedalam lagu itu dan kita lihat juga pada senikata lagu duniawi yang kita dengar... apabila saya menyanyikan lagu rohani saya memang benar benar tersentuh dengan kasih Allah Bapa sehingga ditempat kerja pun saya sering menyanyi lagu pujian, dikala saya mengangkat suara pujian, saya sungguh-sungguh merasa kan kehadiran kasih Tuhan, walau sering kali teman teman sekerja tidak akan tahu hal itu, sebab mereka memang mengetahui saya seorang yang amat meminati music... dan yang paling seronoknya, walaupun ketika itu saya diberikan tugas yang banyak, ia sepertinya ada orang lain yang menolong saya melaksanakan semua tugas itu dengan sempurna, saya tidak tahu dari mana dan macammana itu boleh terjadi, yang saya pasti melalui pujian itulah Tuhan menyalurkan pertolonganNya. Cuba anda sendiri melakukan perkara seperti itu, anda tak akan pernah rugi pernah saya mengalami sakit deman selsema yang teruk, hingga apabila saya berdiri sekalipun saya akan rasa pitam, kamu tahu apa yang menyembuhkannya , tidak lain dan tidak bukan oleh kuasa pujian yang saya nyanyikan ketika saya cuba melawan penyakit itu saya mulai menyanyi lagu yang dalam bahasa inggeris " my Jesus my Saviour" dalam malaynya Yesus ku penyelamatku dan itulah salah satu muzijat lewat dari pujian yang kita berikan kepada Tuhan, Ketahuilah bahawa Tuhan maha pemurah dan pasti mendengar, walau seringkali kita tidak tahu bahawa kesembuhan kita itu berasal dari Tuhan bukannya ubat yang kita makan semata-mata. Namun sememangnya kita juga mesti makan ubat sebab melaluinya Tuhan mengirimkan kesembuhan, tapi kadangkali Tuhan langsung memberikan kelegaan diatas kesakitan yang kita alami. Walau begitu pun iblis memang boleh menggunakan musik untuk mengoda manusia terutama kalangan orang muda. Dan seringkali musik rock menjadi alatnya, sebab itulah musik jenis rock dilabelkan musik setan walau pun sebenarnya itu hanya pada Jenis musiknya saja. Semua jenis musik sebenarnya Tuhan yang punya, Cuma siiblis lucifer yang telah mencurinya, mungkin sekarang saatnya kita merebut kembali semua hal yang telah dicuri oleh iblis termasuk musik, kerana sekarang bukan lagi masalah jenis musik apa, tetapi untuk siapa ? Okay ! dan kita harus sedar bahawa ada satu perkara yang iblis tidak dapat janjikan, iaitu iblis tidak dapat menjanjikan KESELAMATAN .. believe it ! dari persoalan musik inilah yang sering menjadi tandatanya bagi mereka yang tidak memahaminya,dari pertanyaan mereka , kelihatannya ada keresahan. Namun pada dasarnya yang menentukan adalah motivasinya dan gunakan hikmat Tuhan didalam menentukan boleh atau tidak. Mungkin lebih baik lagi kalau pemain-pemain musik itu diurapi dan lebih peka pada aliran Roh Kudus, supaya hadirat Tuhan dapat hadir ditengah-tengah kebaktian. Dan satu hal lagi, hati-hati dengan pembenaran diri sendiri, kerana biasanya setan menjebak lewat pembenaran diri, jadi walaupun hati nurani kita berkata tidak, tetapi kita menyukainya, maka kita akan mencari sejuta alasan untuk membenarkannya, sekali lagi gunakan motivasi dasar dan gunakan hikmat Allah untuk menentukan boleh atau tidaknya.

Kita sebagai orang percaya diberi hak untuk mengusir iblis dan muslihat jahatnya. Yeah Pernahkah anda mendengar bahawa "menyanyikan pujian adalah sama dengan berdoa dua kali" ada benarnya ungkapan itu, sebab sewaktu kita menyanyi kita dalam keadaan memuji dan menyembah dan sekaligus senikata pujian tersebut menjadi doa kita kepada Tuhan. Kadang kala tanggapan orang yang lebih tua berlainan dari tanggapan orang orang muda, mungkin ini disebabkan oleh cara kita dididik atau pun disebabkan oleh kehidupan moden masa kini. Sehingga kini terutamanya di desa desa ( kampung ) sering kali cara orang muda mengikuti kebaktian akan dipersoalkan oleh orang yang lebih tua. Dari segi Berpakaian hinggalah ke cara pergaulan. Pengalaman saya sendiri , pernah saya kegereja dengan memakai jeans panjang dan seluar itu koyak pada bahagian lututnya, ia kelihatan seluar untuk orang yang berjiwa rock n roll. Seorang menegur saya bahawa seluar itu kurang sopan dan tidak sesuai dipakai kegereja, mungkin ada benarnya sebab itu dari pandangan mereka generasi awal.. tapi bagi saya semua itu tidak menghalang berkat Tuhan untuk turun kepada saya, yang saya tahu hanya dosa yang boleh menghalang berkat Tuhan bukan pakaiannya namun kadangkala juga sebagai orang muda kita harus juga mengambil kira tempat dan keadaan, adakah tempat kita berpakaian seperti itu sesuai dengan keadaan sekitarnya, kita mesti juga mengambil kira majoriti jemaat pada masa itu. Namun bagi saya, tidak salah orang itu berpakaian jenis apa sebab bukan yang kelihatan sahaja yang Tuhan tuntut tapi juga yang tidak kelihatan, iaitu hati kita. Apa gunanya kita berbaju lengan panjang dan bertali leher dan dengan kemasnya kegereja kalau hanya itu yang ingin kita tonjolkan, bukankah itu menjadi berhala bagi orang tersebut. Kadang kala juga orang sering membuat tanggapan negatif terhadap orang orang yang dianggap selekeh dan tidak kemas kegereja, kononnya mereka itu orang banyak dosa lah, buat itu ini lah, sedarkah kita bahawa Tuhan datang bukan untuk orang yang tak berdosa melainkan orang yang berdosa. Seharusnya kita dengan kerendahan hati menerima mereka dan membimbing mereka sesuai dengan kehendak Tuhan bukan dengan kehendak diri sendiri. Tetapi sebagai manusia yang berakal kita tahu macammana pakaian yang sesuai dipakai semasa menghadiri kebaktian dengan menggunakan akal yang Tuhan berikan, contohnya perempuan memang tidak sesuai sekali jika mereka memakai pakaian sendat @ " u can see " di gereja kerana itu hanya akan menimbulkan spekulasi dan itu boleh menghalang berkat Tuhan terhadap keadaan itu. Sekiranya perempuan yang memakainya merasa tidak terhalang untuk diberkati dengan keadaannya itu, dia juga tidak boleh mengabaikan berkat bagi orang lain, pendek kata kita tidak boleh terlalu egois dan mementingkan diri sendiri. Lelaki berambut panjang juga sering disalah ertikan oleh mereka mereka yang saya anggap kolot. ( maaf, mungkin kerana saya hidup dalam generasi moden ) mereka akan mengatakan bahawa lelaki berambut panjang tidak layak masuk kegereja huh .. bukan rambut yang berhubung dengan Tuhan tapi hati kita bah bahkan Yesus sendiri sering digambarkan lelaki yang berambut panjang. Hmmm.. jangan salah sangka yer.. ini pendapat saya saja bukannya satu fakta, satu ketetapan dan bukan pula cuba membenarkan yang tidak benar. Kalau memang lelaki menyimpan rambut yang panjang biarkan saja sebab itu hak pribadi, dan terpulang pada orang tersebut berbuat demikian sebab kita yang hidup pada masa ini terutama orang orang muda hidup dengan kemodenan dan mempunyai stail masing masing. Asalkan ia tidak menghalang bagi orang tersebut untuk datang kepada Tuhan. Seperkara Tuhan sedia menerima dan mengampuni seorang pembunuh sekalipun, contohnya penjenayah yang disalibkan bersama sama dengan Dia ketika disalibkan 2000 tahun yang lalu.

Beralih kepada Anting-anting dan Tattoo Alkitab mengatakan demikian, kuduskanlah dirimu sebab AKU kudus dan jangan mencemari tubuhmu.. bermakna bagi saya tattoo itu adalah salah sebab ia mencemari tubuh yang Tuhan berikan segambar dengan diriNya. Namun ayat dalam pasal yg sama juga mengatakan kita tidak boleh gunting rambut, so zaman ni kita masih gunting rambut, so jawapan sebenarnya bagi TATOO adalah TERPULANG kepada kita masing2. Bagaimanapun ia terpulang pada penilaian masing masing, yang terpenting adalah buah hidup yang kita tunjukkan kepada dunia luar. Anting anting bagi lelaki pula saya anggap hanya sebagai aksesori seperti halnya memakai rantai leher dan cincin. Tidak lebih dari itu. Ini tidak bermakna saya mengalakkan orang muda memakai anting-anting, tetapi kita harus ingat apa yang kita lakukan itu belum tentu berkenaan dihati Tuhan. Cuma pertimbangkan dengan hikmat Tuhan, apakah keberadaan aksesori seperti itu boleh menjadi batu sandungan bagi orang lain. Yang penting jangan Menghakimi sesiapa !! tetapi janganlah pula kita menjadikan ungkapan jangan menghakimi sebagai alas an kita membuat perkara yang tidak berkenan, seringkali terjadi apabila seseorang itu membuat perkara yang salah dan ditegur oleh orang lain kerana kesalahannya, ia akan berkata "jangan menghakimi", orang tersebut sebenarnya menyalahgunakan perkataan itu dengan menjadikannya sebagai pelindung diatas kesalahan yang dibuatnya, ini sebenarnya adalah kesilapan kita menanggapi sesuatu perkara, ada kala nya tanpa kita sedari kita telah jatuh dalam dosa sehingga Tuhan sendiri yang menyedarkan kita. So ketahuilah segala sesuatu tujuan dengan apa yang sedang kita perbuat bagi diri kita dan juga orang lain, apakah itu menjadi penghalang berkat Tuhan bagi orang lain atau sebaliknya. Memakai anting anting itu TERPULANG kepada peribadi orang persendirian .

Yang satu ini adalah masalah terbesar muda mudi zaman ini.. tidak lain tidak bukan, melibatkan diri dengan Rokok dan Minuman Keras.. hmmm.. bagaimana penjelasannya ? Tuhan berkata kuduskanlah diri mu sebab aku kudus .. jadi kita hubungkan ayat ini dengan rokok dahulu.. adakah rokok itu kudus ? pastinya tidak, malah perokok sendiri akan setuju dengan hal ini.. asap yang kita hisap dari rokok masuk kedalam tubuh kita dan keluar melalui mulut dan hidung, semua itu bukan lah dikehendaki oleh Tuhan yang meginginkan kekudusan, mana mungkin seseorang itu dapat datang kepada Tuhan dengan sungguh-sungguh selagi ia merokok, asap sendiri adalah kotor dan ia boleh menyebabkan penyakit yang merbahaya, dari situ saja kita tahu bahawa rokok bukan lah benda yang dibenarkan dihadapan Tuhan. Tubuh kita adalah milik Tuhan dan sekiranya kita mengisinya dengan mengundang penyakit melalui asap rokok pasti ia menjadi dosa bagi pandangan Tuhan. Cuba kita renungkan dan perhatikan dengan saksama firman Tuhan didalam 1 Korintus 6 : 19-20 "Atau tidak tahukah kamu, bahawa tubuhmu adalah bait Roh Kudus yang diam didalam kamu, Roh Kudus yang kamu peroleh dari Allah, dan bahawa kamu bukan milik kamu sendiri? Sebab kamu telah dibeli dan harganya telah lunas dibayar, kerena itu muliakanlah Allah dengan tubuhmu" Adakalanya alasan seperti melepaskan tekanan dan perasaan adalah sebab dan mengapa perokok menghisap rokok. Bukan kah telah berkali kali kita diberitahu bahawa kalau kita bermasaalah kita boleh datang pada Bapa, bukannya pada rokok lebih teruk halnya dengan minum minuman keras, ia akan menyebabkan ketagihan dan boleh merosakkan sistem fungsi otak kita kalau berlebihan. Ia boleh menyebabkan kemabukan dan ketahuilah apabila kita mabuk kita tidak dapat mengawal percakapan kita sebab kita telah dikuasai oleh roh kemabukan, sebab minum minuman keras merupakan jalan masuk bagi iblis untuk mengambil alih teraju Yesus dalam tubuh kita ucapan mulut kita tidak akan terkawal dan orang yang mabuk akan mempunyai keberanian tambahan apabila mabuk, yang pasti keberanian itu bukan berasal dari Tuhan tapi berasal dari iblis sendiri. Tidak ramai yang menyedari hal ini, tetapi itu lah sebenarnya situasi yang terjadi Perhatikan ayat didalam Galatia 5 : 19-21 "Perbuatan daging telah nyata iaitu: percabulan, kecemaran, hawa nafsu, penyembahan berhala, sihir, perseteruan, perselisihan, iri hati, amarah, kepentingan diri sendiri, percideraan, roh pemecah, kedengkian, kemabukan, pesta pora dan sebagainya. Terhadap semuanya itu kuperingatkan kamu seperti yang telah kubuat dahulu, bahawa barangsiapa melakukan hal-hal yang demikian, ia tidak akan mendapat bahagian dalam Kerajaan Allah. JELAS TERBUKTIkan.

Saya mempunyai seorang teman sekerja yang boleh dikatakan ketagih minum minuman keras, dia seorang kristen tapi mungkin hanya kristen pada namanya. Saya bertanya kepadanya mengapa dia terlalu ketagih untuk minum, jawapan yang dia berikan sangat mengejutkan saya, dia menjawap " buat apa kita hidup kalau tidak minum " .oh my God ! begitu sekali pandangannya terhadap hal ini, dia telah dibutakan oleh keinginan daging dan roh ketagihan sehingga dia merasakan satu kerugian kalau kita tidak minum selagi kita hidup, bagi dia hidup untuk minum bukannya hidup untuk Tuhan. Jawapan tersebut menandakan yang teman saya tersebut mengira bahawa apabila dia mati nanti, berakhirlah semua kehidupannya, dia tidak pernah menyedari bahawa kematian bukanlah akhir dari kehidupan malah boleh dikatakan kematian adalah permulaan kehidupan kerana kita akan menghadapi situasi yang berbeza dari apa yang kita telah alami dibumi ini, sama ada kita dalam situasi menyenangkan ( sorga ) ataupun dalam situasi menderita ( neraka ). Bagi kita generasi muda lebih baik kita meninggalkan tabiat ini sebelum kita menjadi ketagih kerana apabila kita ketagih, sangat susah untuk kembali Alkitab jelas melarang kita minum minuman yang memabukkan. So dont do it !

Okay beralih kepada perkara Bunuh Diri, saya pernah ditanya oleh seseorang mengenai pendapat saya tentang bunuh diri, antara pertanyaannya seperti berikut : " apa pendapat anda kalau ada seseorang yang membunuh dirinya dengan meminum racun, tetapi ia tidak mati terus, malah sempat hidup selama dua minggu, bagaimana jika orang tersebut sempat menyedari hal itu adalah salah dan mau bertobat, adakah Tuhan masih menerima pertobatan orang seperti itu sebab Tuhan itu dikatakan maha pengampun ??? huh.. saya termangu dan langsung berfikir sedalam-dalamnya tentang hal seperti itu.. sememangnya kalau Tuhan itu maha pengampun mana mungkin Dia menolak pertobatan seseorang yang menyedari kesilapannya .. namun timbul satu perkataan dalam fikiran saya dengan pertobatan seperti ini iaitu TERLAMBAT ! bukan kah hanya Tuhan saja yang layak untuk mengambil nyawa kita sebab Dia yang memegang nafas kehidupan manusia dengan menhembuskan nafas Nya sendiri ketika penciptaan. Saya rasa orang seperti itu tetap tidak dapat diselamatkan kerana dia telah Terlambat untuk menyedari hal itu. Walaupun Tuhan itu maha pengampun, tapi jangan lupa Tuhan juga adalah tegas, adil dan benar. Mungkin jawapan bagi persoalan tersebut ialah, biarkanlah saja hal itu hanya Tuhan yang menyelasaikannya sebab penilaian Tuhan adalah tidak sama dengan penilaian manusia. Namun itulah pendapat saya iaitu TERLAMBAT !. oleh itu jangan cuba cuba untuk mengakhiri masalah kita dengan membunuh diri sebab itu bukan kehendak Tuhan tetapi kehendak manusia, kalau kita banyak masalah datang saja pada Tuhan, pasti Dia akan memberi jalan penyelesaian, Jesus Is The Answer !. kita sebagai manusia harus bertahan selagi kita mampu melakukan demikian. Keinginan untuk membunuh diri seringkali menghantui dan membayangi kehidupan kita. Kita tidak menyukainya, tetapi kadang-kadang kita ingin melakukanya. Walaupun kita mengetahui bahawa bunuh diri bukan jalan keluar terbaik, namun data menunjukkan bahawa angka kematian kerana bunuh diri meningkat dari masa ke semasa. Dari semua kematian bunuh diri, ternyata kebanyakannya adalah dari kalangan remaja dan muda mudi. Dalam buku "before its too late" (sebelum terlambat) karangan Jan Fawcett (1979), disebutkan, lebih dari 34,000 orang bunuh diri di A.S setiap tahun, ini hanya yang dicatatkan sahaja. Angka kematian akibat bunuh diri mencapai 100,000 setahun dan ada lebih dari 5 juta usaha bunuh diri setiap tahun, 10-20% akhirnya berjaya bunuh diri. Sebagai manusia yang telah mengenal Tuhan Yesus sebagai sandaran dalam kehidupan kita, tidak seharusnya perkataan bunuh diri hadir dalam benak fikiran kita, sedarlah bahawa bunuh diri bukan jalan penyelesaian terhadap masalah yang kita hadapi. Betapa beratpun masalah yang kita hadapi, percayalah bahawa kita boleh mengatasinya dengan bimbingan Tuhan. Ingatlah betapa sedihnya mereka yang sesungguhnya mengasihi kita sekiranya kita membunuh diri. Ketahuilah juga bahawa kita tidak sendirian. Ada seorang sahabat yang ingin menolong kita iaitu Yesus sendiri. Datang padanya dalam doa dan percayalah yang Dia mahu kita hidup dalam kemenangan. Satu peribahasa inggeris yang sering saya ucapkan berkaitan dengan permasalahan yang saya hadapi ialah "if others fail, try my Jesus" ( jika yang lain gagal, cubalah Yesus).

Ingin saya jelaskan bahawa kebanyakan remaja dan orang yang masih muda, sangat mementingkan keseronokan dari semua aspek, termasuklah persahabatan, pergaulan, percintaan malah keseronokan peribadi. Dan kebanyakan dari golongan muda memikirkan bahawa mereka terpaksa mengorbankan semua keseronokan itu sekiranya mereka ingin sungguh-sungguh dihadapan Tuhan, ini bererti bahawa mereka tidak dapat pergaulan seperti yang mereka inginkan. Sebenarnya ini semua adalah satu kekeliruan dan salah faham. Mengikuti Tuhan tidak semestinya menjadi sangat rohani pada pandangan mata kasar, maksudnya kita boleh lagi mengikuti perkara-perkara yang mengembirakan hati kita walaupun terbatas kepada perkara yang termasuk dalam golongan yang kita panggil DOSA. Alkitab juga mengatakan demikian " hai orang muda, puaskanlah dan turutilah keinginan hatimu, tetapi ingatlah bahawa segala sesuatu yang engkau perbuat akan dihadapkan kemuka pengadilan" ini bermakna bahawa kita mempunyai kebebasan untuk semuanya yang tidak melibatkan perkara dosa ia sememangnya sangat sukar dipahami menjadi Kristen tidak semestinya menjadi sangat rohani dan cuba menonjolkan yang rohani itu ada imejnya tersendiri, kita harus ingat bahawa hal masuk kerajaan sorga, tidak berkaitan dengan Imej dan Penampilan Diri kita. Seringkali kita mempunyai tanggapan kepada seseorang seperti ini, " orang itu alimlah ", " jangan bergaul dengan dia, dia tu alim orangnya". Pernahkah kita mendengar perkataan-perkataan seperti itu ? pada pendapat saya semua itu adalah kekeliruan sahaja, kita tidak boleh menilai seseorang dari pandangan mata kasar kita sahaja. Cuba kita lihat para mahasiswa dan mahasiswi University, kadang kadang mereka kelihatan seperti penagih dadah dan penjenayah, tetapi itu hanya luarannya sahaja, sebaliknya banyak pelajar yang mempunyai penampilan diri yang kemas walaupun mereka itu pelajar yang gagal ditingkatan. Sebab itu pandangan luaran seseorang itu tidak semestinya menunjukkan keperibadian dan hati orang tersebut. Bagi pengalaman diri saya sendiri, saya bukanlah seorang yang sangat rohani, cukuplah saya katakan yang saya PERCAYA Yesus adalah juruselamat dan perlindungan, oleh itu saya masih menjalani kehidupan dengan cara yang saya inginkan, yang pasti cara hidup saya itu langsung tidak kelihatan rohani, malah mungkin ada orang yang akan mempertikaikan kita apabila diberi pelayanan di Gereja hanya disebabkan cara hidup kita yang dipandang tidak alim. Memang ada benarnya bahawa apabila kita sungguh-sungguh kepada Tuhan, kita harus mengubah cara hidup kita, bahkan Alkitab sendiri mengatakan "jangan menjadi seperti dunia ini," tapi perhatikan ayat seterusnya "tetapi berubahlah oleh pembaharuan budimu, sehingga kamu dapat menbedakan manakah kehendak Allah: apa yang baik, yang berkenan kepada Allah dan sempurna" Roma 12:2. Kita harus memahami erti sebenar ungkapan ini agar tidak menjadikan imej diri seseorang menjadi penilaian terhadap kerohanian yang ada pada orang tersebut. Kadangkala disebabkan terlalu mementingkan penampilan diri dan imej, kita tidak sedar yang kita sedang berada dalam keadaan yang dipanggil munafik !. ini tidak boleh, itu tidak boleh dan mesti begini dan begitu perlu diperingatkan kita bukan lagi hidup mengikut hukum taurat, tetapi kita hidup dalam perjanjian baru yang Tuhan berikan. Sekiranya kita mahu mengikuti segala larangan taurat dan mengamalkan segala hukum sebelum perjanjian baru, saya berani berkata yang tidak seorangpun dari antara kita yang akan SELAMAT. Sebabnya kebanyakan hukum tersebut telah ditebus dengan darah Yesus dan telah diperbolehkan pada perjanjian baru. Contoh paling tepat ialah makanan larangan pada hukum taurat, ini termasuklah babi

( bakas ! he he he, sedap bah kan), daging ini adalah larangan dan dosa pada masa taurat ! tapi adakah kita masih mengamalkan hukum seperti ini pada masa ini. TIDAK kan ! sebab itu kita harus menilai semua perkara dari semua aspek.. ini tidak bererti kita meninggalkan hukum tersebut, tapi kita masih memerlukan hukum-hukum ini sebagai panduan hidup kita seharian, terutama saja peraturan yang ditetapkan dalam hukum sepuluh !..

Kita harus ingat, tidak ada seorang pun yang benar ! hanya Tuhan saja yang benar. Kerana itu, niat kita untuk mencari kebenaran, lebih baik ditujukan untuk mencari Tuhan, pencipta kita. Kebenaran yang ada pada Tuhan, tidak boleh diterjemahkan oleh pengetahuan kita, kerana kita manusia yang terbatas pada pangkal fikiran yang Tuhan sendiri ciptakan. Cuba kita bezakan peribadi Tuhan dengan manusia, Tuhan pencipta, kita dicipta, Tuhan tidak berdosa, kita berdosa. FAHAMKAH kita dengan jurang perbezaan ini ? pengenalan kita dengan Tuhan di mulakan ketika kita mengerti kasih sayang Tuhan pada kita. DIA tidak mahu kita tertipu dengan fikiran kita sendiri, sebab itu Dia memberikan jalan hanya melalui Dia ! hmmmm..

Kita beralih kepada perihal CINTA ! kita sering mendengar, kononnya ada orang yang sanggup untuk mendaki gunung yang tinggi hanya kerana ingin bersama dengan orang yang dicintai, juga sanggup untuk berenang merentasi lautan api, kerana ingin bersama dengan orang yang tercinta ! tetapi dalam realitinya, pernahkan janji-janji ini ditepati, atau patut kita tanya berapakalikah sudah janji seperti ini telah ditunaikan. Kalau kita nak tahu cinta yang sebenarnya, ikutilah teladan Yesus, bagaimana Yesus menyatakan cintanya pada umat manusia, Dia tidak pernah mendaki gunung yang tinggi untuk menyatakan cintanya tapi Dia telah berjalan dibukit kalvari dan rela mati disalibkan hanya kerena ingin menyelamatkan orang orang yang amat dicintainya. Jika kita dipihak Yesus, relakah kita ? Kita harus ingat Tuhan itu sendiri adalah cinta (God is Love) DIA bukan hanya memiliki cinta, tetapi cinta yang datang dari Tuhan bukan cinta yang egois. Cinta Tuhan untuk manusia adalah cinta yang murni "kerana begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan AnakNya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepadaNya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal" Yohanes 3:16. Jadi saya percaya semakin kita mengerti akan cintaNya, kita akan lebih OK dalam mencintai sesama kita seperti Tuhan mencintai kita. Memang tidak salah untuk kita menyatakan cinta pada seseorang, tapi harus kita ingat sekiranya kita berjanji pada seseorang, jangan membuat janji yang hanya dapat kita lakukan di mulut kita sahaja, tapi pada kenyataanya itu tidak mampu kita lakukan. Pernahkah kita terfikir mengenai kekecewaan mereka-mereka yang mahu menagih janji-janji tersebut nak tahu saya pun sedang dilamun cinta, cinta pada Tuhan, cinta pada keluarga, cinta pada kekasih, cinta pada sahabat dan juga cinta pada diri sendiri. Banyak orang terutamanya orang-orang muda akan mencari penyelesaian sendiri dan melupakan Tuhan sekiranya mereka gagal dalam bercinta, dalam erti kata lain ditinggalkan kekasih. Mereka akan mula berfikir untuk bunuh diri, minum minuman keras dan perkara negatif lainnya, yang pasti mereka tidak akan datang kepada orang yang lebih mencintai mereka iaitu YESUS. Cuba kita renungkan kata-kata dibawah ini mengenai cinta :

Ada orang rela bunuh diri kerana dikhianati cinta,

Ada yang merelakan keperawanan demi cinta,

Ada yang balas dendam demi cinta,

Ada yang dihimpit tekanan kerana cinta ditolak,

Ada yang berani backstreet dan memberontak orang tua demi cinta,

Bahkan ada yang berani membunuh gara-gara cinta dipermainkan,

Ada yang marah ketika kasihnya tidak dibalas seperti diharapkan

Bagaimana kalau kita jajarkan dengan yang satu ini :

Kasih itu sabar,

Kasih itu murah hati,

Ia tidak cemburu,

Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong,

Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri,

Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain,

Ia tidak bersukacita kerana ketidakadilan, tapi kerana kebenaran,

Ia menutupi segala sesuatu, percaya segala sesuatu,

Sabar menanggung segala sesuatu

Ingatlah melepaskan seseorang pergi, bukan akhir dari dunia

Melainkan awal sesuatu kehidupan baru

Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis..

Mereka yang disakiti

Mereka yang telah mencari

Dan mereka yang telah mencuba

Kerena merekalah yang boleh menghargai

Betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka

Mahu mencari cinta yang murni dan jujur ?

Ia adalah ketika kita menitiskan air mata dan masih peduli terhadapnya

Ia adalah ketika dia tidak mempedulikan kita, kita masih menunggu dengan setia

Ia adalah ketika dia mula mencintai orang lain, kita masih mampu tersenyum dan selamba berkata : saya turut berbahagia untukmu..

Apabila cinta tidak berhasil bebaskan diri kita

Biarlah hati kita melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas sekali lagi

Ingatlah kita boleh menemukan cinta dan kehilangannya

Tapi ketika cinta itu mati, kita tidak perlu mati bersamanya

Orang yang terkuat bukan mereka yang selalu menang

Melainkan mereka yang tetap teguh ketika mereka jatuh

Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupanmu

Kamu belajar tentang dirimu sendiri

Dan menyedari

Bahawa penyesalan tidak seharusnya ada

Hanya penghargaan abadi

Diatas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kita buat

Teman yang sejati mengerti ketika kita berkata ; "aku terlupa"

Menunggu selamanya ketika kita berkata ; "tunggu sebentar"

Tetap tinggal ketika kita berkata ; "tinggalkan aku sendiri"

Membuka pintu walaupun kita belum mengetuknya

Dan berkata ; "engkau boleh masuk"

Mencintai bukanlah sepertimana kita melupakan

Melainkan bagaimana kita memaafkan

Bukanlah bagaimana kita mendengarkan

Melainkan bagaimana kita mengerti

Bukanlah apa yang kita lihat

Melainkan apa yang kita rasa

Bukanlah bagaimana kita melepaskan

Melainkan bagaimana kita bertahan

Lebih berbahaya mencucurkan airmata dalam hati

Dibandingkan menangis tersedu-sedu

Air mata yang kelihatan dapat dihapuskan

Sementara air mata yang tersembunyi,

Mengoreskan luka yang tidak pernah hilang

Dalam urusan cinta, kita sangat jarang menang

Tapi ketika cinta itu tulus, meskipun kalah, kita tetap menang

Hanya kerana kita bebahagia

Dapat mencintai seseorang

Lebih dari kita mencintai diri sendiri

Akan tiba saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang

Bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita,

Melainkan kerana kita menyedari

Bahawa orang itu akan lebih bahagia, apabila kita melepaskannya

Apabila kita benar-benar mencintai seseorang,

Jangan lepaskan dia

Jangan percaya bahawa melepaskan, selalu bererti kita benar-benar mencintainya

Melainkan berjuanglah demi cinta itu

Itulah cinta yang sejati

Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan

Daripada berjalan bersama orang yang tersedia

Lebih baik menunggu orang yang kamu cintai

Daripada memaksa dengan yang ada disekeliling kita

Lebih baik menunggu orang yang tepat

Kerana hidup ini terlalu singkat untuk dibuang,

Hanya dengan seseorang yang belum tentunya JODOH kita

Kadangkala orang yang paling kita cintai

Adalah orang yang menyakiti hati kita

Dan kadangkala, teman yang membawa kita kedalam pelukannya

Adalah hanya kerana oleh nafsunya sahaja, bukannya cinta

Phuuu

Salah satu pencuri cinta/kasih atau yang menghalangi kita untuk memiliki dan memberikan kasih adalah kedagingan @ hawa nafsu. Semua kesalahan kita dalam kehidupan peribadi, keluarga, gereja bahkan masyarakat adalah disebabkan oleh nafsu kedagingan. Cuba kita fikir, semua masalah didunia ini seharusnya hanya boleh diselesaikan kalau semua orang mempunyai kasih seperti yang tertulis dalam 1 Kor 13. Contohnya :

Kalau tersinggung, praktikkan kasih yang tidak sombong.

Kalau disakiti, ampuni dan jangan menyimpan kesalahan orang alias jangan berdendam.

Kalau dengar gossip soal si anu, tidak payah di sebarkan kerana kasih menutupi segala sesuatu.

Kalau dirugikan jangan marah, ampuni sebab kasih tidak pemarah.

Kalau bercinta jangan buat hal yang tidak sopan, sebab kasih tidak begitu.

Kalau mempunyai kekasih jangan suka cemburu, sebab kasih tidak cemburu.

Syarat untuk mengasihi adalah seperti yang dikatakan dalam 1 Korintus 13 kita mesti lebih dulu mengasihi Tuhan. Tanpa mengasihi Tuhan dengan benar, kita tidak akan bertahan lama berbuat baik atau mengasihi antara sesama. Lukas 10 : 27 mengatakan : "kasihilah Tuhan Allahmu dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu, dan kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri".

Saya harap kata-kata mengenai cinta diatas dapat memberikan motivasi dan gambaran baru mengenai cinta.. jodoh dan ajal kan ditangan Tuhan.. so dont worry lah !. dizaman moden ini, televisyen dan majalah mengambarkan jatuh cinta sebagai pengalaman yang romantis, dan membawa kepada pengalaman sexual, bermula dari yang dianggap ringan seperti pelukan, ciuman, hingga kepada hubungan sex. Kita harus tahu bahawa hal tersebut adalah menyesatkan, kerana hubungan sex adalah pengikat perkhawinan, bukannya perlakuan dalam lingkungan yang bercinta. Banyak orang muda menjadikan cinta sebagai sesuatu yang tidak boleh dihubungkan dengan kerohanian. Saya tidak setuju dengan pendapat seperti itu, kerana orang yang jatuh cinta seharusnya berdoa dengan benarkah ini kehendak Tuhan. Atau ia hanya kerana tarikan kepada lawan jenis sebagai untuk melepaskan nafsu daging. Banyak cinta yang membawa kita kepada penipuan dan kehancuran. Saya rasa yang terpenting dalam cinta adalah kesabaran, tanpa kesabaran kita hanya dipermainkan oleh perasaan sendiri, dan berakhir dengan kegagalan. Dan satu lagi jangan mudah berpindah-pindah cinta .. he he he he "mata karanjang" kalau istilah dusun. Yang saya tahu Tuhan mahu kita jatuh cinta seperti ini :

pada saat yang tepat - dengan orang yang tepat - dengan cara yang tepat -

perhatikan prinsip Alkitab , 2 Kor. 6:14, gelap tidak dapat bersatu dengan terang.

1 Kor 10:23, harus saling membangun, ( bukan sekadar boleh atau tidak ),

Kej 2:18, harus sepadan. AMARAN ! cinta yang sejati dapat dikendalikan, yang tidak dapat dikendalikan adalah hawa nafsu.. think about it

Okaylah kita lupakan dahulu pasal cinta, kita bercerita pula mengenai Kepercayaan Karut ( pendapat sayalah, tidak tahu dengan pendapat anda ) yang masih wujud dikalangan orang orang yang telah mengenal Yesus Kristus sebagai juruselamat. Pengalaman saya : ketika saya masih kanak-kanak, saya sering ikut bapa saya pergi kehutan untuk mencari buah-buahan jatuh ( loho dalam bahasa dusun) seperti durian, bulunu (bundu) dan sebagainya. Setelah menanti beberapa minit dan kadang-kadang berjam-jam untuk buah tersebut jatuh, bapa saya menyuruh saya mencari satu jenis tumbuhan gatal ( saya tak tau namanya ), batangnya lembut dan seperti kulit ular hijau, yang saya tahu tujuan untuk tumbuhan itu diambil adalah digunakan untuk menyebat dan memukul pokok durian tadi. Kononnya kalau kita memukul pokok itu dengan tumbuhan yang gatal, pokok itu akan menjatuhkan buahnya. Kadangkala asap juga dikatakan boleh menyebabkan pokok tersebut merasa rimas dan akan menjatuhkan buahnya apabila kita menyalakan api dibawah pokok tersebut. Bukankah itu syirik ? bukankah itu sesat namanya ? kalau difikirkan secara mendalam adakah kita yakin yang pokok tersebut merasa gatal dan sebagainya ? pada hakikatnya kalau buah itu telah masak, memang ia akan jatuh juga, kalau memang buah itu masih mentah, ia tidak akan jatuh sekalipun kita memukul pokok tersebut.

Jadi disini persoalannya adalah mengapakah kita orang Kristen masih mengamalkan cara tersebut . Mungkin kita berfikir bahawa semua itu hanyalah suka-suka sahaja dan bukannya perkara yang serius, malah kita mungkin berfikir bahawa semua itu bukanlah perkara dosa, ini pendapat saya mengenai hal ini : kalau memang kita mengharapkan Tuhan dalam kehidupan kita, mengapa kita masih mengharapkan sesuatu benda untuk memenuhi keinginan kita, seperti pengalaman tadi, kenapakah kita mengharapkan buah itu jatuh kalau kita memukul pokoknya. Bukankah hanya Tuhan saja yang mampu melakukan ? fikirkanlah sendiri tentang perkara ini, adakah menjadi dosa apabila kita mengharapkan sesuatu lebih dari kita mengharapkan pertolongan Tuhan. Kan lebih baik kalau kita berdoa saja agar buah itu jatuh, kita mempunyai hak untuk meminta kepada Tuhan, tapi ingat perkara apa yang kita minta ( jangan meminta dari Tuhan untuk perkara yang kita boleh lakukan ) itu malas namanya. Daripada kita mendapat gatal-gatal hanya kerana meyebat pokok tersebut dengan tumbuhan gatal lebih baik kita tunggu sahajalah kan. ( kalau saya fikir, "bodoh" juga kerja tu yer .) ..he he he .. dalam hal sekecil itu iblis boleh menanamkan ketidakharapan kita kepada Tuhan, malah yang lebih teruknya , ada orang yang memakukan paku enam inci pada pokok durian orang lain kerana cemburu, kononnya kalau kita pakukan paku tersebut, ia akan menyebabkan pokok itu reput, tidak sihat dan juga tidak akan berbuah. Alahai kenapalah terjadi perkara seperti ini dikalangan kita yer.. bukan kah melakukan hal hal kecil seperti itu mengambarkan jiwa kita yang lebih menjurus kepada amalan sihir !. Antara lain perkara lagi, dan yang ini paling melucukan dan tidak pernah saya percayai walaupun saya pernah melakukannya , iaitu kononnya kalau kita nampak pelangi, kita harus menunjukkan jari kita kearah pelangi tersebut dan seterusnya menghisap jari kita sambil berkata "amus tambang". Ha ha ha ha ha .. kalau memikirkan hal ini, saya akan tergelak terbahak-bahak. Pelangi itukan ciptaan Tuhan yang maha indah, kenapalah kita terfikir yang pelangi itu mendatangkan bala pada diri kita. Mungkin kita hanya main-main sahaja dengan hal-hal seperti ini, tetapi itulah yang disukai oleh si iblis. Iblis akan menanamkan dalam fikiran kita sehingga ia menjadi satu tradisi dalam kehidupan kita sehari-hari apabila berhadapan dengan fenomena tersebut.

Kadangkala juga ibubapa mengajarkan kita bahawa kalau kita menyebut nama ibubapa kita, lutut kita akan berubah menjadi kekuningan (sumilou totud kad dusun), ini pun satu tahyul dan karut, cuba kita perhatikan tujuan perkara tersebut, tujuannya adalah baik iaitu melarang kanak kanak dari menyebut nama ibubapa mereka dengan sembarangan kecuali ditanya oleh orang lain. Tapi sedarkah kita bahawa cara kita itu salah dan membelakangkan sang pencipta Tuhan kita. Kan lebih baik kalau kita jelaskan saja kepada anak kita bahawa menyebut nama ibubapa adalah salah kecuali pada masa yang sesuai. Tak perlulah kita tambahkan yang lututnya akan menjadi kekuningan kalau menyebut nama ibubapanya. Kalau kita nak ceritakan banyak lagi hal-hal seperti ini yang masih kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Walaupun hati kita mengatakan yang perkara ini hanyalah untuk suka-suka dan biasa-biasa sahaja, tetapi ingatlah bahawa kebiasaan kitalah yang sering iblis gunakan untuk masuk kedalam permasalahan kehidupan kita seharian. Mungkin sudah masanya kita menanggalkan semua perkara karut seperti itu dan mengharapkan hanya Tuhan saja. Ada satu lagu yang sangat saya suka bertajuk "hanya Kau Tuhan" berkaitan dengan permasalahan diatas,

Hanya kau Tuhan

Yang layak kami sembah

Ku bri pujian syukur

Hanya bagi Mu Tuhan

Hanya Kau Tuhan

Kerinduan hati ku

Ku ingin lebih lagi

MengasihiMu Yesus

Hanya kau Tuhan

Ku berikan hatiku

Hanya padaMu Tuhanku

Sluruh hidupku ku brikan pada Mu

Biarlah rohku menyala

Trus setia melayaniMu

Sampai ke garis akhir

Tuhan datang , ambilku kembali

Bidang pelayanan tidak semestinya kita menjadi Pastor, tidak semestinya menjadi ketua pelayan dan pelayan, tidak juga semestinya menjadi ahli dalam mana mana persatuan digereja, tetapi bidang pelayanan sebenarnya sangat luas dan berkisar dengan kehidupan kita seharian. Apa yang mampu kita lakukan untuk injil kerajaan sorga tak kira masa dan tempat, itulah bidang pelayanan, ditempat kerja kita atau dimana-mana sahaja. Sebab itulah dalam lagu diatas dinyatakan biarlah rohku menyala trus setia melayaniMu sampai kegaris akhir Tuhan datang ambilku kembali.

Kita masuk bab Makanan Haram Dan Halal, ini lagi satu, selalu saya ditanya oleh orang yang agamanya mengharamkan beberapa makanan/daging yang dihalalkan dalam agama Kristen (SIB, RC dan agama protestan lainnya.) Saya masih ingat ketika saya mengikuti lawatan staff tempat saya berkerja sekarang ( Sabah Ports Authority ) ke Kuching Sarawak pada bulan November 2000 yang lalu, waktu itu sudah petang dan kami mencari tempat makan di Bandar Kuching, tapi kebanyakan kedai makanan disana adalah dari golongan cina yang menjual semua jenis makanan termasuk makanan yang dianggap haram bagi mereka ( sasau ) daging babi salai (punyalah sedap). So teman islam saya berkata "wah, susah pula cari makanan halal disini yer. masakannya babi melulu" dan teman saya itu melanjutkan "kalau agama kamu macammana ?" Dengan selamba saya menjawab "agama saya mengajarkan bahawa bukan yang masuk kedalam mulut yang menajiskan orang, melainkan yang keluar dari mulut kita, itulah yang menajiskan orang". Dan saya menambah "apa ertinya kita tidak makan makanan berlabel haram tetapi kita mencaci maki dan menghujat orang dengan mulut kita". Ternganga teman saya mendengarnya

Didalam Yohanes 15:1-20, terjadi dialog diantara Yesus dengan orang Farisi dan ahli Taurat yang mempersoalkan makanan haram dan menggunakan alat-alat makan termasuk tangan yang harus dibasuh agar bebas dari jejak-jejak haram. Yang menarik dari dialog Yesus itu adalah bahawa soal halal dan haram yang dikemukakan oleh mereka itu sebenarnya merupakan sebahagian dari adat istiadat agama Yahudi (budaya), ia jelas harus dibezakan dengan "perintah Allah" iaitu hukum-hukum imamat yang sebenarnya ( seperti hukum sepuluh ). Memang sejak sekian lama umat Yahudi cenderung menjunjung tinggi adat istiadat agama dan mereka sering mengabaikan perintah Allah yang sebenarnya. Itulah sebabnya Yesus berfirman "Bangsa ini memuliakan Aku dengan bibirnya, padahal hatinya jauh daripadaKu. Percuma mereka beribadah kepadaKu, sedangkan ajaran yang mereka ajarkan ialah perintah manusia" (Matius 15:8-9)., dan dalam kitab lainnya Yesus menambahkan : "perintah Allah kamu abaikan untuk berpegang pada adat istiadat manusia" ( Markus 7:8 ). Kita harus menyedari hakikat agama dan membandingkannya dengan kulit agama.

Banyak kita jumpai orang yang biasa makan direstoran yang menghalalkan daging babi, dan mereka menunjukkan kehidupan yang baik, ramah dan bertimbang rasa. Sebaliknya banyak yang tidak makan ini dan itu tetapi merosak harta benda orang lain, bahkan melakukan perkara-perkara yang dianggap jenayah. Kenyataan ini perlu menyedarkan kita mengenai orang yang benar-benar menjalankan agamanya, apakah agama seseorang begitu saja ditentukan oleh sesuatu yang kita makan ? Yesus berfirman, "Tetapi apa yang keluar dari mulut berasal dari hati dan itulah yang menajiskan orang. Kerana dari hati timbul segala fikiran jahat, pembunuhan, perzinahan, percabulan, pencurian, sumpah palsu dan hujat" Matius 15:18-19. Perhatikan juga dengan saksama firman Tuhan yang terdapat didalam 1 Kor. 8 : 8 "Makanan tidak membawa kita lebih dekat kepada Allah. Kita tidak rugi apa-apa, kalau tidak kita makan dan kita tidak untung apa-apa, kalau kita makan" bukankah ini sangat JELAS dan merupakan satu fakta yang tidak perlu diberi ulasan kerana ia sudah sebegitu jelas dinyatakan. Perhatikan juga ayat yang terdapat didalam Markus 7 : 18-19 "Maka jawabNya ; apakah kamu juga tidak dapat memahaminya? Tidak tahukah kamu bahawa segala sesuatu dari luar yang masuk kedalam seseorang tidak dapat menajiskannya. Kerana bukan masuk kedalam hati tetapi kedalam perutnya, lalu dibuang dijamban? Dengan demikian Ia menyatakan semua makanan halal". Firman ini sangat jelas dan terbukti. So kesimpulannya, soal masuk kerajaan sorga bukan soal apa yang kita makan tetapi apa yang kita PERCAYAI .

Dengan timbulnya persoalan-persoalan yang telah dipaparkan disini, adakah cara untuk kita menentukan sesuatu perkara itu dosa, salah atau sebagainya?, pasti kita akan tertanya-tanya bahkah setelah membaca permasalahan diatas semakin banyak persoalan lain yang menyusul, mesti diperingatkan disini bahawa Kekristenan bukan merupakan daftar mengenai perkara-perkara dosa sahaja. "Sebab kasih karunia kamu diselamatkan oleh iman; itu bukan hasil usahamu, tetapi pemberian Allah, itu bukan hasil pekerjaanmu; jangan ada orang yang memegahkan diri" Efesus 2 : 8-9. Harus diingat bahawa Tuhan Yesus Kristus telah menderita dan mati untuk semua dosa kita agar kita dapat memperolehi pengampunan dan keselamatan secara percuma melalui ketaatan dan percaya kepadaNya.

Seperkara lagi, kita tidak mempunyai hak untuk menghakimi orang lain dan kegiatan yang mereka lakukan. Alkitab berkata "Kerana itu janganlah kita saling menghakimi lagi ! tetapi lebih baik kamu menganut pandangan ini ; jangan kita membuat saudara kita jatuh dan tersandung" Roma 14 : 13. Sedar atau tidak kebanyakan dari kita selalu cepat membuat kritikan terhadap orang lain, akan tetapi adalah penting terlebih dahulu untuk menyakinkan bahawa perilaku kita sendiri telah menyenangkan hati Tuhan. "Kalau kita menguji diri kita sendiri, hukuman tidak menimpa kita" 1 Kor. 11 : 31.

Sangatlah besar ertinya bagi seorang Kristen yang benar, yang telah diselamatkan melalui iman percaya secara peribadi dalam Yesus Kristus untuk menghormati Penyelamat dirinya. Hal ini akan memjadi contoh kepada sesama Kristen dan kepada orang lain yang hendak dibimbing mengenal Kristus. Dengan maksud supaya kita dapat menilai kegiatan dan permasalahan tertentu, Tuhan telah menetapkan prinsip umum didalam FirmanNya untuk menjadi pedoman hidup kita. Contohnya : Bila terdapat peringatan dalam firman Tuhan secara khusus mengenai hal tertentu, maka tidak perlu lagi ada pertanyaan. Jadi pembunuhan, perzinahan, kemabukan, pencurian dan sebagainya adalah salah. Dosa-dosa seperti ini dengan jelas dilarang dan dikutuk dalam beberapa ayat firman Tuhan.

Mungkin cara terbaik bagi kita untuk menguji apakah yang kita lakukan ini benar adanya adalah dengan menentukan apakah kita dapat secara jujur, dan sedar meminta dan memohon kepada Tuhan supaya Dia memberkati dan menggunakan kegiatan kita itu untuk kemuliaanNya. "Jika engkau makan atau jika engkau minum, atau jika engkau melakukan sesuatu yang lain, lakukanlah semua itu untuk kemuliaan Allah" 1 Kor 10 : 31. "Dan segala sesuatu yang tidak berdasarkan iman, adalah dosa" Roma 14 ; 23.

Okay, saya mahu juga timbulkan yang satu ini, iaitu perkara yang cenderung dilakukan oleh mereka-mereka yang mementingkan wang melebihi perkara-perkara lain, iaitu mengenai loteri dan berbagai bentuk perjudian. Alkitab tidak secara spesifik melarang perjudian, tetapi ada beberapa prinsip Alkitab yang seharusnya dapat membuat orang Kristen enggan untuk melakukannya. Allah menyatakan pekerjaan sebagai cara yang biasa dilakukan untuk mendapatkan uang yang perlu bagi hidup kita. Baca ayat-ayat tersebut [ Efesus 4 : 28, 2 Tes 3 : 12, dan Amsal 31.]. Bila seseorang tidak dapat berkerja, pilihan keduanya adalah berdoa ( Filipi 4 : 6, 19 ). Semua penghasilanku adalah milik Allah, bukan milikku ( Mazmur 24:1). Allah menggunakan wang untuk mencapai tujuan penting dalam hidup kita iaitu :

a. Memenuhi kebutuhan utama ( Mat 6:11, 1 Tim 6:8 )

b. Membangun gaya hidup ( Filipi 4 : 10-13 )

c. Memberi arahan dengan menyediakan atau menahan sumber daya.

d. Membantu orang lain melalui diri kita sendiri.

e. Menunjukkan kuasaNya dengan memberikan atau menyediakan secara mukjizat.

Jadi cuba kita tanya diri kita sendiri, apakah berjudi dapat mencapai tujuan ini ? apakah kita mencari Tuhan atau loteri/judi untuk keperluan kita. Jangan lupa bahawa Firman Tuhan jelas bagi WARNING kepada kita didalam 1 Timotius 6 : 8-10 "Asal ada makanan dan pakaian, cukuplah. Tetapi mereka yang ingin kaya terjatuh kedalam pencobaan, kedalam jerat dan kedalam berbagai-bagai nafsu yang hampa dan yang mencelakakan, yang menenggelamkan manusia kedalam keruntuhan dan kebinasaan. Kerana akar segala kejahatan ialah cinta uang. Sebab oleh memburu uanglah beberapa orang telah menyimpang dari iman dan menyiksa dirinya dengan berbagai-bagai duka. Judi boleh membuatkan kita ketagih, walaupun kita tidak terlibat jauh dengan kebiasaan ini, tetapi apa yang kita lakukan dengan judi dapat menyebabkan orang lain menjadi korban. Atas dasar ini bererti JUDI adalah perkara yang dilarang oleh Tuhan dan bila kita melakukannya kita berdosa kepada Tuhan.

Sejak akhir-akhir ini sering kita dengar penganut-penganut agama dari banyak denominasi berlumba-lumba menarik seseorang untuk menganut kepercayaan yang mereka anuti, termasuklah dari gereja Kristen sendiri dengan alasan untuk menyebarkan agama Kristen. Bagi saya menyebarkan agama Kristen adalah istilah yang salah. Kita harus INGAT bahawa agama Kristen tidak dapat memberikan keselamatan kekal yang diperlukan oleh orang berdosa. Penganut sesuatu agama yang berdasarkan firman Tuhan sekalipun tidak akan memberikan jaminan keselamatan otomatik kepada si penganut agama tersebut. Tidak dapat kita nafikan, kebanyakan dari kita dengan megahnya memberitahukan orang lain bahawa agama kitalah yang tulus, benar dan membawa kesejahteraan. Tapi kita tidak pernah sedar bahawa bukan dari kulit agama kita dinilai oleh Allah, tetapi berdasarkan iman kepercayaan kita yang 100% didalam Tuhan. Tidak ada jalan lain kecuali melalui Dia yang telah relakan nyawaNya untuk membawa keselamatan kekal bagi semua umat manusia. Jadi timbul pertanyaan disini, kalau bukan penyebaran agama Kristen, jadi apa ? bagi pendapat saya, istilah yang benar ialah memberitahu bahawa ada khabar baik yang mengandungi sukacita yang luar biasa. Untuk mengerti dan menghayatinya maka kita harus terlebih dahulu memberitahukan khabar buruknya, iaitu manusia telah berada dibawah kutuk hukuman dosa dan sedang dalam perjalanan ke neraka. Apa buktinya ? buktinya adalah kita bakal mati dan dikuburkan, namun setelah mati kemana kah tujuan kita seterusnya. Kita hanya mempunyai dua pilihan iaitu SORGA atau NERAKA. Matius 7 : 13 mengatakan "Kerena sesaklah pintu dan sempitlah jalan menuju kepada kehidupan, dan sedikit orang yang mendapatinya". Jadi apakah khabar baiknya ? khabar baiknya adalah sewaktu kita berdosa, Kristus telah mati bagi dosa-dosa kita. Sebab itu sama seperti satu perlangaran ( ketidaktaatan Adam) semua orang beroleh penghukuman, demikian pula halnya ketaatan satu orang ( Yesus sendiri ) membolehkan semua orang yang percaya dan mengimani Yesus, menjadi orang yang dibenarkan dan seterusnya dibebaskan dari penghukuman. Ada satu lagi pertanyaan terbesar dari kalangan orang Kristen sendiri tentang jalan keselamatan, begini bunyinya: Apakah kita tidak perlu melakukan perbuatan amal, menebus dosa, bertapa dan berbuat kebaikan untuk diselamatkan ? jawapan saya......

akan datang BERSAMBUNG .........